Assalamualaikum dan hai!
Alkisahnya tak plan nak singgah Melaka. Tapi disebabkan ada banyak masa dan semua tak puas lagi bergambar so kitorang pon singgah ler ke Masbro dan Klebang. Untung badan dapat group yang gila gambar. Kalau tak harapan la nak singgah sini.
1. Masbro Village
Dari Johor terus ke Masbro Village. Tak susah pun nak cari sebab tempatnya tepi jalan. Waze je terus jumpa tempat ni. Masa kitorang pergi dia tutup, macam tengah buat renovation. Rate harga korang cari la sendiri..hehee.
2. Klebang
Padang pasir kononnya. Padahal orang nak tambak laut >.<. Tengok kat insta ramai yang bergambor kat sini so weols pun teringin la jugak. Padahal tak tahu betapa mencabarnya nak sampai ke padang pasir ni. Bergambar punya pasal semua jadi boleh. Pakailah sunblock awal-awal kalau tak nak kulit burn. Panas terik oii. Nak selamat datang sini naik four wheel kalau tak terbenam la kereta kau. Muatan berat sila turun kereta ye. Kalau taknak bawa kereta masuk kenalah redha menapak T_T Penat jugaklah berjalan nak ke bukit pasir ni.
Ok babai.