Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hai semua..harap sihat hendaknya. Entri kali ni nak kongsi tips untuk latihan industri atau praktikal dengan cemerlang, terbilang dan gemilang. Heii latihan industri je kot, takkan nak tips bagai? Ehhh nampak macam simple tapi ada beberapa perkara yang pelajar praktikal selalunya terlepas pandang. Kita cerita satu satu ye, dari sebelumdan selepas praktikal. Semasa latihan tu pandai-pandai koranglah nak bawa diri.
Sebelum Latihan Industri / Praktikal:
1. Pemilihan tempat
Tempat praktikal selalunya akan dipilih oleh pelajar sendiri dan biasanya mestilah related dengan apa yang kita belajar. Pilih tempat yang dapat memberi pengalaman yang boleh kita guna sebagai nilai kredit untuk kerjaya. Lebih mudah untuk kita capai cita-cita dan bila pergi interview kerja kita tahu dengan jelas skop kerja tersebut.
2. Elaun latihan
Syarikat swasta biasanya akan bagi elaun bagi setiap pelajar praktikal. Ada yang bagi sampai RM1000 sebulan. Kena pandai cari dan risik-risiklah pada senior anda. Praktikal di agensi kerajaan ikut kewangan agensi juga. Biasa mesti dapat RM200, tapi ada juga yang tak dapat langsung.
3. Tempat tinggal, pengangkutan
Ini kena fikir kalau praktikal jauh dari rumah atau universiti. Ada yang guna peluang ni untuk merantau ke tempat orang. Yang ni kena fikir mana nak tinggal dan nak naik apa pergi praktikal. Kalau tak tahu tempat, sehari sebelum praktikal pergi survey jalan dulu. Kang sesat hari pertama haa gelabah.
4. Kewangan
Mana yang tak dapat elaun tu boleh guna alternatif lain untuk dapat duit masa praktikal. Boleh mohon zakat. Pelajar UPM boleh mohon zakat UPM (Zakat UPM sama dengan zakat Selangor) atau mohon WPLI, Wang Pendahuluan Latihan Industri. Nanti cerita kat entri lain.
5. Dokumen
Dokumen ni penting untuk dijaga. Tak ada maknanya datang saja-saja je la. Susun semua dokumen dalam satu fail. Resume, surat lapor diri, borang pengesahan dan lain-lain yang perlu. Sebelum pergi praktikal, siapkan surat penghargaan untuk tamat latihan. Print cover letter kat fakulti siap-siap. Tak ada blah macam tu je kan.
Selepas Latihan Industri / Praktikal:
1. Dokumen
Benda paling penting. Isi semua dokumen yang perlu pengesahan pegawai. Paling penting borang penilaian prestasi. Nak markah tak? Nak dapat A tak? Nak lulus tak? Haa pastikan diisi dengan supervisor.
2. Laporan Praktikal dan buku log
Mana-mana universiti mesti mintak 2 benda ni. Prepare awal la ye. Sediakan satu salinan untuk tempat latihan.
3. Penghargaan
Bagi surat penghargaan yang awal-awal dibuat tu pada supervisor atau pegawai tertinggi. Nak kasi hadiah cenderahati pon boleh. Tanak bagi pun boleh. Takde la hina kalau tak bagi hadiah. Ikut kewangan masing-masing. Dah bagi surat penghargaan kira bersopan dan beradat jugalah.
4. Hutang
Biasa kat office macam-macam benda dijual. Tuppper ware, tudung, baju... masuk pantry nampak plak makanan. Main sebat semua tapi hutang. Habis praktikal lupa pula nak bayar. Langsaikan segala hutang piutang supaya tak busuk nama!
5. Jumpa semua staf
Jumpa semua staf dan mintak halal makan minum, salah silap. Kot la dia sakit hati sebab hang lawo sangat hingga tercabar reputasi dia sebagai orang paling lawo kat ofis. Kita tak tahu kan. Jumpa semua yang pernah cakap ke tak pernah cakap ke. At least pernah senyum kan..
Cukuplah tu tips untuk praktikal / latihan industri yang dikongsi. Kalau ada lagi tertinggal nanti akan ditambah ye. Jaga diri kat tempat orang. Slow slow adapt kat tempat baru. Jangan takutlah kalau praktikal sorang. Lagi best. Macam anak tunggal, ditatang dengan minyak yang penuh. Hehe ok bai.