Tuesday, June 2, 2015

Sopooong Korean Restaurant, IOI City Mall





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.




Ahn nyeong! Entri ni dah berkurun tapi tak apalah nak share jugak dengan korang restaurant korea yang best, yang murah, yang sedap dan yang paling penting HALAL! Sebelum ni jenuhlah pergi Ampang nak cari restaurant korea tapi sekarang tak payah pergi jauh. Sebab SOPOOONG dah buka cawangan restaurant dekat IOI City Mall. Kpopers tu apa lagi…takkan nak layan lagu dengan drama je. Perut tu pon teringin nak makan kimchi, jjajamyeon, teobeokki, ramyeon, naengmyeon. Kalau pakwe korang tanak teman tak apa. Kita bagi asam pedas untuk dia, kita pergi makan dekat Sopoong.


 
Masuk kedai pekerja dia sambut dengan mesra. Ahnyeonghaseyo. Mesra la kan nak orang masuk kedai dia. Kang kasar aku pon tanak masuk. Pekerja semua korea tulen. Bukan Bangla, Nepal, Indon atau melayu kekonon kpop. 




Ambient dekat Sopoong ni sangatlah seronok. Konsep pokok-pokok macam berkelah kat taman. Nice. Sebelah kaunter ada mini mart jual jajan korea. Ais krim pon ada ni!



  
 

Disebabkan haritu cuma aku, Gee and Piqah, kitorang order sikit jelah. Gee and Piqah pon dah makan kat ofis. Cuma aku je kebulur. Tapi sebab diorang teringin makan makanan korea aku pon ajar la mana yang patut di order. Makanan korea ni tak ada pelik sangat rasa dia. Boleh diterimalah tekak melayu aku ni. 


Set: Kimbap, Teokbokki dan 2 milkis (drink can)


Bulgogi: Beef, vegetable, rice RM19.90. Seriously sedap! 맛있어요!


Kebetulan masa time kitorang pergi tengah opening promotion 15%. Jimat duit weyh. Tapi jangan risauuuuu. Student UPM, kalau datang sini jangan lupa bawa matrix kad kalau nak discaount 10%. Kalau tanak tak payah bawak, simpan kat galeri serdang. Untung jugak jadi student UPM ni ye. Pergi Starbuck’s Solaris dapat 15% discount. Pergi Sopoong pon dapat discount 10%. 


 Ramai jugak ahjumma makan kat sini. Bolehlah korang nak fefeeling kat Korea.


Sorang agashi muka excited nak makan. 
Yang sorang lagi muka nak kena lempang.



Sopoong ni ada 3 cawangan dah.
1. Berjaya Times Square (LG-71, depan Cold Storage)
2. Quill City Mall (LG-13A, sebelah Classic Gold)
3. IOI City Mall (L2-D21-R1, naik escalator dekat pintu masuk Theme Park. Naik je korang dah boleh nampak Sopoong belah kanan)


Facebook: Sopooong 서풍



Ajaklah kawan, pakwe, makwe, lecturer. Siapa-siapa je yang boleh layan korang dan yang paling penting havoc. Kalau tak korang jadi cengkerik. Dahlah dalam tu banyak batang pokok. Memang sesuai sangatlah jadi cengkerik kat situ.
Jangan lupa kad matrix!





p/s: Aku plan next semester nak makan besar dengan Jay’s kat sini.



Tuesday, April 21, 2015

Tips Latihan Industri Dengan Cemerlang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Hai semua..harap sihat hendaknya. Entri kali ni nak kongsi tips untuk latihan industri atau praktikal dengan cemerlang, terbilang dan gemilang. Heii latihan industri je kot, takkan nak tips bagai? Ehhh nampak macam simple tapi ada beberapa perkara yang pelajar praktikal selalunya terlepas pandang. Kita cerita satu satu ye, dari sebelumdan selepas praktikal. Semasa latihan tu pandai-pandai koranglah nak bawa diri.



Sebelum Latihan Industri / Praktikal:
 

1. Pemilihan tempat

Tempat praktikal selalunya akan dipilih oleh pelajar sendiri dan biasanya mestilah related dengan apa yang kita belajar. Pilih tempat yang dapat memberi pengalaman yang boleh kita guna sebagai nilai kredit untuk kerjaya. Lebih mudah untuk kita capai cita-cita dan bila pergi interview kerja kita tahu dengan jelas skop kerja tersebut.


2. Elaun latihan

Syarikat swasta biasanya akan bagi elaun bagi setiap pelajar praktikal. Ada yang bagi sampai RM1000 sebulan. Kena pandai cari dan risik-risiklah pada senior anda. Praktikal di agensi kerajaan ikut kewangan agensi juga. Biasa mesti dapat RM200, tapi ada juga yang tak dapat langsung. 


3. Tempat tinggal, pengangkutan

Ini kena fikir kalau praktikal jauh dari rumah atau universiti. Ada yang guna peluang ni untuk merantau ke tempat orang. Yang ni kena fikir mana nak tinggal dan nak naik apa pergi praktikal. Kalau tak tahu tempat, sehari sebelum praktikal pergi survey jalan dulu. Kang sesat hari pertama haa gelabah.


4. Kewangan

Mana yang tak dapat elaun tu boleh guna alternatif lain untuk dapat duit masa praktikal. Boleh mohon zakat. Pelajar UPM boleh mohon zakat UPM (Zakat UPM sama dengan zakat Selangor) atau mohon WPLI, Wang Pendahuluan Latihan Industri. Nanti cerita kat entri lain.


5. Dokumen 

Dokumen ni penting untuk dijaga. Tak ada maknanya datang saja-saja je la. Susun semua dokumen dalam satu fail. Resume, surat lapor diri, borang pengesahan dan lain-lain yang perlu. Sebelum pergi praktikal, siapkan surat penghargaan untuk tamat latihan. Print cover letter kat fakulti siap-siap. Tak ada blah macam tu je kan. 




Selepas Latihan Industri / Praktikal:


1.  Dokumen

Benda paling penting. Isi semua dokumen yang perlu pengesahan pegawai. Paling penting borang penilaian prestasi. Nak markah tak? Nak dapat A tak? Nak lulus tak? Haa pastikan diisi dengan supervisor.


2. Laporan Praktikal dan buku log

Mana-mana universiti mesti mintak 2 benda ni. Prepare awal la ye. Sediakan satu salinan untuk tempat latihan.


3. Penghargaan

Bagi surat penghargaan yang awal-awal dibuat tu pada supervisor atau pegawai tertinggi. Nak kasi hadiah cenderahati pon boleh. Tanak bagi pun boleh. Takde la hina kalau tak bagi hadiah. Ikut kewangan masing-masing. Dah bagi surat penghargaan kira bersopan dan beradat jugalah. 


4. Hutang

Biasa kat office macam-macam benda dijual. Tuppper ware, tudung, baju... masuk pantry nampak plak makanan. Main sebat semua tapi hutang. Habis praktikal lupa pula nak bayar. Langsaikan segala hutang piutang supaya tak busuk nama!


5. Jumpa semua staf

Jumpa semua staf dan mintak halal makan minum, salah silap. Kot la dia sakit hati sebab hang lawo sangat hingga tercabar reputasi dia sebagai orang paling lawo kat ofis. Kita tak tahu kan. Jumpa semua yang pernah cakap ke tak pernah cakap ke. At least pernah senyum kan.. 



Cukuplah tu tips untuk praktikal / latihan industri yang dikongsi. Kalau ada lagi tertinggal nanti akan ditambah ye. Jaga diri kat tempat orang. Slow slow adapt kat tempat baru. Jangan takutlah kalau praktikal sorang. Lagi best. Macam anak tunggal, ditatang dengan minyak yang penuh. Hehe ok bai.







Wednesday, April 8, 2015

Download Teman Lelaki Upahan Full Episode


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuaaa...


Hai. Rindu EL? Rindu Kyra? 
Kalau rindu korang boleh download dari link bawah ni.
Nak tengok online pon boleh.
Lepas ni tak adalah gelisah gundah gulana rindu dekat EL and Kyra.
Boleh tengok hari-hari sampai muntah darah.
Click je link bawah ni.






Siapa nak cari Teman Lelaki Upahan tu bolehlah khatam cerita ni. 
Aku harap dorang menang untuk pasangan serasi chemistry etc untuk mana-mana anugerah tahun depan. Tak adalah asyik muka anak jebat je menang. 
Pastikan internet korang high speed ye.
Kalau slow mellow macam mana nak sedut woiiiii!!
Selamat mendownload!



Thursday, April 2, 2015

Oh My FYP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hello semua.. Tengah buat apa? Tunggu lunch hour? Heh samalah kita. Sebab hari ni blurr tak tahu buat apa masa pun terasa lama nauuu. Praktikal kali ni tak ada hectic mana cuma yang buat rasa stress nak terjun bengunan bila fikir kena buat project masa praktikal ni. Projek pulak kakau boleh terus jadi FYP. Haiyooo lain kali bagi tahu awal-awal la. Tak ada la kelam kabut macam ni. Dah la tak jumpa supervisor FYP. Macam mana nak discuss pun tak tahu. Email haram tak berbalas. Redha je dengan tajuk yang sedia ada. Nak tolak ke nak campak ke yang penting kena fikir apa nak present end of practical nanti. Kalau tak sampai kesudah lerr aku tak habis practical. 


Hei siapa nak baca? Ahh lantaklah! BYE!!

Tuesday, March 17, 2015

Fasa Hidup



Assalamualaikum dan salam sejahtera.





Hai. Masih ada lagi ke yang baca blog ni? Tak kisah la ada ke tak tapi kali ni nak cerita pasal hidup. 11 Februari yang lepas genap 25 tahun. Kalau dilihat dari fasa umur, 25 tahun tu dah termasuk dalam fasa kedewasaan. Biasa umur-umur macam ni kerjaya makin stabil, ada yang mula melangkah ke alam perkahwinan dan ada juga sudah punya baby. Kalau yang gigih belajar sudah punya master dan nak teruskan pHd pula. Ada juga yang dah berjaya buka bisnes. Tak kurang yang jadi penulis, punya buku untuk orang-orang baca.



Ini semua berdasarkan pemerhatian aku secara live atau secara maya di facebook, instagram, twitter, blog atau segala macam sosial media yang kau boleh share cerita. Kebanyakan kawan-kawan aku dah lalui fasa kehidupan yang baik. Yang aku anggap sebagai fasa kedewasaan sebenar. Punya kerja, punya suami atau isteri, punya kereta sendiri, punya rumah sendiri, punya anak dan lain-lain lagi.






Dan aku pula….?


Entahlah..tak tahu nak describe macam mana. 

Tuesday, February 3, 2015

Praktikal



Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai. Sekarang dah jadi pelajar praktikal kat Jabatan Alam Sekitar Selangor. Praktikal selama 6 bulan dari 19 Januari sampai 6 Julai. Doakan aku dapat menempuh alam praktikal ni dengan jayanya ye. Kau tahulah aku ni manalah pandai nak mesra-mesra sangat. Tak ada geng lagilah aku krik krik. Minggu lepas supervisor cakap aku macam alone ranger. Sabar dulu Encik... baru nak warm up menjoyah. 

Aku rasa banyak yang aku tak tahu. Blur jugalah bila kena tanya. Aku dengan kerut-kerut nak refresh balik apa yang aku belajar. Yang aku ingat semuanya pengurusan. Bab bab kimia, kejuruteraan ni memang basic je tahulah. Lagi satu akta, benda yang aku susah nak hadam masa belajar dulu. Tapi law dulu tak ada la detail sangat. Mmm sekarang AKAS 1974 tu jadi kitab utama. 

Baru masuk minggu 3, jauh lagi perjalanan. Harap dapatlah serap, sedut dan hadam segala ilmu dan pengalaman sepanjang praktikal ni. 









Rindu




Rindu ni kadang-kadang buat hati makin sakit.
Sebab rindu pada orang yang langsung tak ingat kita tak rindu kita.
Kan? 


Lebih baik aku campak jauh-jauh. 
Sejauh laut China Selatan kalau boleh.
Blahlah rindu.
I don't need you!


 

Thursday, January 8, 2015

SWEETREE Korean Halal Restaurant


Annyeonghaseyo~~



Anh nyong! Jeoneun Anayeyo.. Joeneun Malaysia saramiyeyo.. 
(Hello! My name Ana.. I'm Malaysian..)  


Kalau korang nak fefeeling kat Korea, jumpa orang korea, pergi hypermart korea, korang boleh round kat Ampang Point atau Ampang Putra. Kat sana orang-orang Korea bersepah. Lagi-lagi pergi masa-masa hujan, pakai baju tebal sambil duduk lepak depan kedai makan chocolate ice-cream yang dibeli di Shin Su Mi Mart. Masa tu tak hirau tangan beku sebab dok khayal tengok Hak Seng (students) balik dari kelas malam. Haa gitu feeling dia weyy. Kawasan Ampang ni banyak Restaurant Korean tapi nak cari yang halal tu agak susah sebab mostly they serve pork meat. Alaaa yang pink pink hidung unik sikit tuuu..



Mana nak cari Restaurant Korea yang halal kat Malaysia ni? Kat mana? Kat mana? 

Well, of courselah SWEETREE at Ampang putra weiii. Sweetree satu satunya restaurant halal korean kat Ampang. Tempat dia daeebakkk! Bukan je makanan sedap tapi environment pun seronok. Decoration sangat cantik dan unik. Seriously tak akan menyesal kalau pergi sini. 


Melangkah masuk ke SWEETREE, Mr. Park owner restaurant ni welcoming us politely 'ANNYEONGHASEYO, Welcome to Malaysia'. Haaha kat situ dah nampak kemesraan dia. Aku pun balaslah 'Kamsahamnida'. Eceh kononn.. Disebabkan perut lapar plus excited, kami terus je order makanan. Banyak yang nak cuba tapi nak order semua memang taklah. So kami pilih 5 hidangan yang nampak sedap dalam menu. 


 

Yang atas ni side dishes. Free for every customer. KIMCHI, KENTANG, BENDI & KACANG PANJANG. Rasa sama je macam masakan melayu, cuma tawar sikit. Kimchi okay tak pedas dan tak masam sangat.





Bubur ni pun free jugak. Makan dengan side dishes kat atas ni sambil tunggu makanan order sampai.




 
Tadaa... JJA JANG MYUN RM16. Mee dengan sos kacang hitam (senang cite kicaplah). Ada ayam sikit, kentang sikit, udang sikit dan hirisan timun. 





JJAM BONG RM19.. korean spicy seafood soup. Ala-ala macam tomyam cuma rasa kimchi. Dalam tu ada mee, udang, sotong, kimchi. Benda yang aku akan repeate order lagi kalau datang sini. Sedap..




 TTEOK BOKKI.. yang ni harga tak tahu.  Memang layan la spicy rice cake ni, lagi-lagi dapat yang panas perhhh. Last sebelum balik kitorang order lagi. Ada udang dan sotong. Senang cite semua dishes kaya dengan udang dan sotong.





Dak Kal Bi RM17. Spicy chicken with vegetable and rice cake. Ada nasi putih juga. Yang ni recommended sangat korang order. Serious sedap, licin kitorang habiskan.



Tuna Kimbap RM8. Sedap..





Tak tahu apa nama air ni. Rasa macam cendol. Yang bawah tu sebenarnya biji-biji macam sagu warna hijau dan rasa manis. Makan 4 orang tapii air satu je..hehe beli air mineral botol besar kat luar jimat sikit. Tapi last order ice chocolate jugak.. Ayie muka dah sedih masa tu..kesian..order jelah.



Dari awal sampai dok usha hanbok tu je. Tunggu je perut ni penuh nak serbu pakai hanbok tergantung tu. 



Decoration restaurant memang unik dan cantik. Motif tree tu merata tempat. Dari dinding, hiasan, lantai, memang lain dari restaurant lain. Bukan itu je tau, banyak lagi space dalam restaurant yang tak boleh dilihat dari luar. Kira kalau tak buat tour memang tak akan nampaklah the hidden room yang ada. Kat sini ada 3 bilik yang berkonsepkan kombinasi antara Korean culture and modern. Owner restaurant sendiri yang jadi tour guide kitorang pergi setiap sudut space kat restaurant. Omooo omooo baiknya ajusshi. 



 Mr. Park siap ajar kitorang buat gwiyomi lagi.. omo omoo gwiyeopda~~


Nampak macam ada 2 tingkat je dari luar, rupanya atas tingkat 3 pun ada lagi. Tingkat 3 adalah tempat untuk kelas belajar masakan korea, kelas art clay dan ruang untuk adakan party dalam 20 orang. Plus ada Noraebang (karaoke) lagi tau! Package per person pun tak adalah mahal sangat. Range dari RM25 pun ada. Haaa berbaloilah kalau nak buat party ala-ala korea sambil nyanyi sampai pengsan...


Finally, hajat tahun lepas untuk makan makanan korea dekat SWEETREE dah tercapai di awal tahun 2015 ni. Yuhuuu. Excited dia tu tahap nak lompat-lompat bintang satu padang. Punyalah plan dari tahun lepas , dari November lagi tapi baru tercapai semalam. Itupun unplanned. Main redah je pergi tanpa tahu diri bahawasanya EIA tak habis study lagi. Tak apa hari ni pulun habis-habisan!


Misi lunch kali ni cuma aku, Lala, Pija dan Ayie je. Ni kira farewell lunch sebelum kami kami ni pergi praktikal semester depan. 9 bulan tak jumpa nanti. Lama tu.. sebulan pun rasa rindu apatah lagi 9 bulan. Huuu nangisss..


Hei layan la dulu gambar kami kat SWEETREE RESTAURANT.





























Babai. Next mission cari restaurant halal korean tempat lain pula. Maybe korean street food pula ke...