Thursday, February 27, 2014

Tertonggek - tonggek



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.



Maaf untuk tajuk yang tak berapa nak sopan ya. hihi. Tonggek memang sebati dengan badan ni. Tapi yang buat tambah tonggek adalah bila masuk studio selama 3 jam. Dan 3 jam tu lah aku akan tertonggek - tonggek depan meja. Kalau boleh muka tu seinci je dengan meja. Punyalah seksa aku nak tekap peta PULAU PANGKOR kat tracing paper. 


Kelas lain cuma duduk dan dengar lecture. Untuk studio perancangan alam sekitar tak ada lecture lecture ni. Kau datang duduk kat meja dan lukis atas kertas. Tapi menggeletar la juga tangan ni. Studio tak ada lukis 3 dimensi semua tu. Semua tekap - tekap macam sekolah rendah dulu. Tekap - tekap pun aku lembap juga nak menekap. 




Khusyuk wei khusyuk. 

Kalau dah senget benget tu aku taram je. Kadang - kadang tergelincir sikit. mihmih. Sekarang aku ada banyak koleksi pen. Cakap je nak mata berapa semua aku ado. 0.2, 0.4, 0.6,0.8... 0.6 aku macam 0.8, 0.8 pula macam 0.6. Cilaka! Habis lining aku.  


Last week ramai - ramai beli pen kat kedai buku One Station kat The mines. Bila budak lain datang semua dah habis. Cashier siap cakap "Tadi ada budak - budak beli pen, tak tahulah diorang buat party apa". Bhaha jadah party wei. Orang guna dalam studiolah.







 
See... tertonggek - tonggek aku nak menekap.






#Tekap: copy bulat - bulat. eh betul ke? ah faham-fahamlah.







-xoxo-

 

Tuesday, February 25, 2014

Sisters


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.




 Today, tyra and me coincidently wear same colour of kurung and shawl. We didn't plan it. That means we have same thinking for what we should wearing for today. We do really looks like sisters. Don't you think?






The powerful of red makes us so confident and calm during our presentation.



Tyra wearing Kurung Moden from Songket & Half moon shawl.
Me wearing Kurung Moden from Cotton & Basic long shawl.





Psst: Am I younger than Tyra? 
You can't denied right?
Bhaha.



-x0x0-

Monday, February 17, 2014

Roommate Baru Aku Senior Top 5


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hell..hell..hell..hello semua. Hari ni balik UPM memandangkan kuliah akan bermula 17.2.2014. Dengan perasaan baru, semangat baru dan tentunya roommate baru juga. Ya roommate baru aku adalah senior. 


Alu tak kisah sebilik dengan sesiapa pun, asalkan pembersih dan hormat privacy aku. Aku dah rasa macam mana rommate pembusuk pemalas...sangat hell. Bau macam kilang ikan masin. Serius tak tipu. Masa solat pun aku asyik menyumpah seranah, tak khusuk tahu.


Bila dapat tahu sem ni aku tukar roommate baru, aku bersorak gembira. Allah mendengar doa-doa aku rupanya. Ok roommate aku adalah senior. Aku masih bersorak gembira. Tapi tapi tapi...kenapa roommate aku harus bawa kawannya tinggal dibilik kami? 


Kawan dia adalah senior yang aku blacklist dari minggu pertama Mesra-mesra Kosass (MMK) masa tahun satu dulu. Antara orang-orang kuat yang hell aku dan kawan-kawan sampai pukul 5 pagi. Menduduki carta Top 5 bagi orang-orang yang super annoying. 


And now, i meet her every hour minute second, i see her before i sleep and i see her when i wake up every single day!


Mungkin Tuhan nak tunjuk bahawa orang yang menyampahkan juga patut disayangi. Ada baik dia yang Tuhan nak tunjuk. Mungkin Tuhan nak pelihara hati aku dari membenci manusia lain dan belajar memaafkan. Husnuzon. 






xoxo


Wednesday, February 12, 2014

Ucapan Hari Jadi



Assalamualaikum..



Semalam hari jadi 
Jadi aku bangun pagi
Mandi-mandi 
Gosok gigi

Semalam hari jadi
Perut minta meggi 
Tapi tak ada rezeki
Yang ada cuma roti

Semalam hari jadi
Siram bunga sambil nyanyi
Sinar matahari terasa berseri
Panas dah tak kisah lagi

Sebab semalam hari jadi
Langgar tembok pun senang hati





      
Terima kasih FB


Tanpa FB
Tiadalah ucapan 
SELAMAT HARI JADI









Tuesday, February 11, 2014

24th Birthday




I'm old
And I'm an owl
Tonight


Happy Birthday to me!




















































- i'm Faryana not Ariana :) -