Saturday, May 25, 2013

Perjalanan 23: #02

             


Bencinya bila perlu terasa hati dengan kawan sendiri. 
Perasaan itu tak mampu untuk diluah. 
Takut nanti memadam segala rasa manis yang ada dalam persahabatan.  
Hal kecil atau besar itu belakang cerita.
Yang penting hati dah terasa. 
Perasaan tu macam racun - menghakis rasa ghairah dalam persahabatan
Rumput diracun pun tumbuh semula, apatah lagi hati manusia. 
Rasa itu bila dibuang jauh, jauhlah dia. 
Tapi kalau diusik lagi, rasa tu boleh terasa semula. 
Ahh aku manusia biasa, hati ni kadang-kadang tak terjaga

Setiap kali rasa itu muncul, aku tepis. 
Dan kali ini aku tepis lagi.
Diam dan berlagak cool adalah solusi terbaik.
Biar hati sakit tapi jangan situasi yang jadi sakit. 
Mungkin aku sudah tua, perasaan makin mengada-ada.

Atau mungkin juga...
Aku bukan kawan yang baik bagi mereka. 


Maaf bila aku bukan sahabat yang baik










Sunday, May 19, 2013

Perjalanan 23: #01



Senyuman yang paling ikhlas sudah mati sejak pagi cilaka itu. Yang tinggal hanya senyuman pura-pura demi meneruskan hidup. Dalam hati berdoa supaya muka-muka puaka itu tidak muncul depan mata. Sebolehnya mahu menjaga hati dari terus mencela. Setahun mungkin terlalu lama untuk mengendong rasa letih yang membuak didalam dada. Rasa hormat semakin layu – biar ia mati dan terkubur sendiri. 


Esok lusa tidak tahu lagi
Yang pasti dugaan bakal tiba di kemudian hari
 
 
 


Wednesday, May 1, 2013

Apa Yang Aku Mahu






Kalaulah orang - orang tahu
Apa yang aku suka
Apa yang aku tak suka
Tak payah aku simpan rasa


Kalaulah ada yang tahu pun
Mungkin pura - pura tak tahu
Tak mahu ambil peduli
Sebab tak berlaku pada diri sendiri


Kalaulah orang - orang sekeliling tahu
Tak perlu aku jerit pada semua
Biar semua orang tahu
Apa yang aku mahu


Kalaulah mereka tahu
Mungkin aku tak terus dungu