Sunday, March 31, 2013

I-City Tak Seindah Sinarnya





Semalam aku pergi I-city Shah Alam dengan Fiza, Intan dan Aini. aku nak cerita sikit masa aku tunggu Fiza dan Intan naik Pirates Ship. Aku nampak budak perempuan menangis didukung ayahnya. Sambil berjalan si ayah memujuk anak yang menangis.  Si ibu pula mengendong adik lelaki kecil dengan riak muka sedih. Laju je mulut aku  berkata ‘‘alahai sedihnya’’. Aku betul-betul maksudkannya. Budak perempuan tu mungkin menangis sebab tak dapat apa yang dia nak. Aku tengok dari cara pemakaian si ayah bukanlah dari kalangan orang berada. Aku tak tahu apa yang budak perempuan tu mahu. Mungkin si ayah sudah berbelanja banyak untuk naik satu-satu permainan dan tak dapat nak penuhi permintaan si anak. 

Aku jadi sedih.
 Bukankah tujuan utama keluarga ni dating ke I-city untuk bergembira?
Untuk mengunjungi tempat popular dalam Malaysia?
Tapi kenapa keluarga ni pulang dengan rasa sedih?
Hambar dan tidak gembira.
Apakah salah anak tidak memahami situasi?
Atau si ayah tak cukup kaya untuk bawa anak ke destinasi keluarga yang mahal seperti itu?


Padahal ayah berusaha untuk mencari wang dengan harapan dapat membawa anak-anak bergembira ke i-city. Hari-hari si anak mengajak ayah ke i-city. 

"ayah jomlah pergi i-city. kawan-kawan kakak semua dah pergi". 
" Nanti hujung bulan ayah dapat gaji kita pergi ya" 

Si ayah cuba memahamkan si anak, sambil di kepalanya mencongak-congak perbelanjaan harian. Luluhnya hati mak ayah bila tengok anak-anak tak gembira dengan pemberian hasil titik peluh mereka. Lagi sayu kalau dari jauh semata-mata datang nak lihat seronoknya i-city tu. Tapi apa yang mereka bawa pulang? Ayah mampu kesat air mata si anak. Air mata si ayah yang mengalir dalam hati ni siapa yang mampu kesatkan? 


Orang kaya tak perlu pergi ke i-city untuk rasa betapa sejuknya Iceland. Mereka mampu terbang ke Iceland untuk rasa sendiri bagaimana sejuknya bumi Iceland. 






p/s: Tanya hati, sebesar mana pengorbanan ibu bapa anda untuk menggembirakan anda sekeluarga. Tak ada ukuran dalam cm/m/ft atau mana-mana SI unit sekalipun.






Saturday, March 30, 2013

Hinggap Sekali






Gelak tawa gurau senda
Tak terkesan langsung kat hati 
Tak tersimpan jadi memori
Hinggap sekali lalu pergi