Monday, August 29, 2011

Ciri-ciri Menantu Idaman Part 1: Pandai Anyam Ketupat

Assalamualaikum semua..


Yeay esok raya! Alhamdulillah selesai juga kita habiskan Ramadhan tahun ini. Harap-harap Ramadhan ni memberi beribu berjuta kebaikan kepada kita. AMIN YA RABB...


Best tak entri kali ni? Ciri suami idaman pandai anyam ketupat. Wallah! Semalam masa tengah tolong mama dan ayah anyam ketupat kat ruang tamu, tiba-tiba mama cakap macam ni, 


" Kenapalah Fah** tak nak belajar buat ketupat ye? Kesian nanti dah kahwin macam mana. Kalau dapat isteri pandai buat tak pe juga. Kalau dua-dua tak pandai..alah kesiannya lah. Sedih mama,"


 Perasan tak, budak/remaja/pemuda zaman sekarang ni ramai yang tak pandai nak anyam ketupat. Makan tahulah. Macam mana nak tahu kalau mak ayah tengah anyam-anyam daun tu budak-budak sibuk main mercun, pergi shopping kat untown lah down town lah, ada pula yang sibuk FACEBOOK BLOGGER. Memang sampai ke tualah tak tahu. Bila tanya "eh kenapa tak nak belajar buat ketupat ni?" Jawapan yang biasa, " Alah beli ketupat ADABI je, sedap juga,". Tapi bila time makan sibuk pula nak ketupat daun palas. Ketupat adabi tak pandang pun. Tengok memanglah macam susah je, AH LECEH. Tapi bila dah cuba dan cuba dan cuba buat, HEK ELEH SENANG JER. Ana belajar anyam ketupat ni masa raya tahun lepas. Ayah kata kena kuat juga semangat nak belajar benda ni. Kalau tak sampai bila nak pandai buat. Ya memang betul. Sekarang Ana dah pandai. Tahun ni ingatkan dah lupa, tapi bila pegang daun jadi juga.


Nak cari daun kelapa tu pun bukan main susah lagi. Kalau ada kebun kelapa untunglah, itu biasanya bagi yang duduk kat kawasan kampung. Yang duduk bandar dan kampungnya memang di bandar atau pingir bandar (macam Ana) susah weii nak dapat daun kelapa nk buat ketupat. Nak tak nak kenalah beli dengan harga yang agak mahal. Ada tu yang jual ikut kilo, pehh kalau daun semua cantik tak apa. Dapat pula daun yang pendek pendek halus halus, memang rasa nak maki. Sabar jelah.



Siapa yang tak tahu anyam ketupat tu cepat-cepat la belajar. Jangan terkejut Kalau 5 tahun akan datang calon mak mertua/ bapak mertua/ atok mertua/ nenek mertua tetapkan syarat ni dalam list calon menantu idaman. Kat YOUTUBE pun ada tutorial nak anyam ketupat. Lepas ni siapa yang pandai anyam ketupat bermacam jenis boleh buka Kelas Tuisyen. Khas untuk belajar anyaman ketupat. 






Ppstt: Mama kata nanti masa jumpa calon menantu, mama nak sediakan Quran dan daun palas. Nak test dulu sama ada pandai baca Quran ke tak dan pandai buat ketupat ke tak. Hahahaa.





Saturday, August 27, 2011

Jadi Lebih Baik



Salam Ramadhan semua...


Entri kali ni nak kongsi 1 video petikan dari rancangan TV9 INI KISAHKU. Episod ni tentang kisah hidup WARDINA SAFFIYAH bagaimana dia berubah ke arah kebaikan. Rasa tersentuh sangat dengan apa yang Wardina ceritakan dalam kisah hidup dia. Bila teringat kat diri sendiri, mulalah rasa syahdu, insaf, cuba muhasabah diri. Selalu tertanya-tanya, bila aku mahu jadi baik seperti orang-orang yang baik. Tengok video ni menaikkan motivasi Ana untuk menjadi yang lebih baik. Selalu berdoa, semoga hari esok lebih baik dari hari ini. 






Pstt: Semoga hidayah yang Allah berikan kepada kita terpelihara dan tidak ditarik balik oleh-Nya. Harap kita akan jadi yang lebih baik dari hari ke hari. InsyaAllah...



Tuesday, August 16, 2011

Nota Kepam


Assalamualaikum..


Ini cerita sehari yang lepas. Habis je berbuka puasa, terus sembahyang maghrib. Niat nak pergi terawih terbantut bila fikir summary EIA tak siap lagi. Dalam dok sibuk-sibuk buat summary tiba-tiba teringat ada nota yang tak fotostat lagi. Kang esok kat kelas termangu-mangu sorang sebab tak ada nota. Nanti mulalah tangan ni nak gatal-gatal lukis benda-benda merapu kan. Jadi dengan segeranya capai semua wayar-wayar yang berselirat tu dan turn on the printer. Sementara tunggu printer loading nak starting, pergi bilik Wani kejap, pinjam nota yang wani dah fotostat. Bila tengok nota Wani tu rasa suka sangat sebab nota agak tebal. Jenuhlah nak fotostat satu-satu. Sabar jelah, nak jimat punye pasal. Masa orang offer nak tolong fotostat confident cakap tak nak. Kan dah kena jadi kakak fotostat. 


Ok sambung balik. Bila dah pinjam nota tu, mulalah fotostat nota tu satu-satu. Page nota memang tunggang terbalik. Malas sangat nak fikir kira halal je. Janji boleh baca. Sampai separuh page terus give up sebab tak larat nak selak dan tekan butang copy banyak-banyak kali. Habis satu nota, print Modul English pula. Nasib la softcopy, jadinya bolehlah tinggal je printer tu buat kerja sambil tangan menyeterika baju untuk dipakai ke kelas esok. Sampailah pukul 10 barulah habis print semua nota. Barulah boleh buat summary EIA dengan senang hati sampai pukul 3.30 pagi. Hati memang tegar nak siapkan malam itu juga sebab esok kena buat assignment Akta pula. Phuhh. 








Esoknya masa dalam kelas, buka fail nak keluarkan kertas kosong. Tiba-tiba ternampak nota yang sama Ana fotostat macam orang gila malam tadi. Damn...


Agak-agak macam mana perasaan masa tu??


Nampak sangat lepas dapat nota terus kepam dalam fail/bag kan. Korang pun macam tu juga kan. Bila tengok kawan sebelah buka nota tiba-tiba rasa macam kita sorang tak dapat nota. Masa tu mulalah nak touching-touching. Eeeeiiiuuuuu.


Ok lepas ni kena baca nota sebaik saja ketua kelas agihkan kalau tak nak jadi kakak fotostat free free je. 








Saturday, August 13, 2011

Sahabat Eeeeuuuu Eeeeeuuu




Apa yang perlu ada untuk menjadi seorang sahabat yang baik? Mari kita baca entri di bawah yang di copy and paste dari http://www.iluvislam.com

Semoga kita sama-sama belajar untuk menjadi sahabat yang baik dengan semua orang. Tak kiralah melayu ke cina ke india ke kan. Kita kan 1 MALAYSIA. 








1. Kecintaan

Elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).


2. Kasih Sayang

Lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka. 


 3. Keikhlasan

Keikhlasan dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. 


4. Kesetiaan

Kesetiaan terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah. 


5. Keberanian

Berani dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan? 


6. Kejujuran

Jujur juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe). 


7. Kemaafan

Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat. 


8. Kesedihan

Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.


 9. Kegembiraan

 Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua. 


10. Keserasian

Serasi di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham. 





"Tuhan, jadikan kami seorang sahabat yang boleh memberi kebaikan pada diri kami dan orang lain. Pelihara kami agar sentiasa di jalan yang Engkau redhai. Amin"




Tuesday, August 9, 2011

Salah Faham Itu Membunuh Jiwa



Salam semua...


Semester akhir, semua orang sibuk dengan projek akhir masing-masing. Jiwa-jiwa malas harus bergerak dan berlagak rajin. Kalau tak rajin memang bungkuslah projek kau. Duduklah lagi satu abad kat pekan mati tu. Sanggup? Ana tak sanggup. Lebih-lebih lagi nak menghadap orang-orang sekeliling yang suka bermuka-muka. Cukup. Terseksa jiwa batin ini.



Semuanya kerana salah faham. Salah faham yang telah membunuh jiwa-jiwa paranoid itu. Bermula dengan sahabat, pengajar dan kini merebak pula ke orang-orang sekeliling. Seperti satu virus penyakit yang merebak melalui udara dan berakumulasi dengan kadar kelembapan udara. Seterusnya berlakulah kenaikan suhu bilik, di tambah lagi dengan cuaca panas bumi. Menaikkan lagi darah anak muda yang sedang dalam fasa pra-menstruasi. Semuanya kerana salah faham yang membuat hubungan itu renggang seperti dipanggang oleh pembakar roti. 




Tolong jauhi salah faham. Jangan libatkan diri anda dengan salah faham. Salah faham boleh membunuh jiwa. Salah faham umpama racun dalam perhubungan. Sekali racun itu kena di hati, kesannya ibarat kanser yang merebak di dalam hati. Sekali gus mematikan jiwa, terutamanya jiwa-jiwa paranoid.Ok ini boleh dikategori sebagai kempen pencemaran emosi.




Penulisan semakin merapu
Baik berhenti dulu
Sebelum kena baling dengan penyapu





Memang nak kena PANGGGG!!




Psttt: Daripada layan salah faham, baik gentel kuih raya ye dakk..apa pun dapat.