Saturday, June 4, 2011

Anak Aku Pandai Anak Aku Masuk Universiti




Trend zaman sekarang kalau anak dapat Universiti mak bapa bangga melambung-lambung. Biasanya mak mak la yang over lebih sikit, bapa bapa cool rilex je. Tapi ada juga bapa yang bongkak bangga anak dia pandai. Spesies macam ni biasanya jenis orang yang suka cakap besar. Tak syak sekali, sebab kalau orang yang lembut sopan santun tetiba cakap besar, nampak pelik. Anak gembira dapat tawaran dan si mak pun gembira canang anak dia sana sini. Suara tu kalau boleh kuat macam Siti Nurhaliza pakai microphone. Biar satu kampong tahu yang anak dia dapat universiti.



Selalunya kejadian mencanang ‘Anak Aku Pandai Anak Aku Masuk Universiti’ ni berlaku masa majlis-majlis keramaian macam kenduri kahwin, kenduri cukur jambul, kenduri berkhatan dan lain-lain kenduri. Sebab apa? Sebabnya masa ni orang ramai berkumpul. Jadinya taklah penat sangat nak ulang banyak-banyak kali. Sambil tangan sibuk kupas bawang, mulut pun sibuk cakap pasal anak. Kalau anak sama-sama belajar kat universiti ada la juga point nak lawan anak siapa paling pandai paling baik. Tapi kalau anak sekadar belajar lepasan SPM ni nak cakap apa? Sekadar angguk dan mengiyakan apa yang si mak cik mulut besar tu cakap. Dalam hati rasa menyampah. Kalau jenis yang sensitif mungkin akan terasa. 




 “Mila dapat U mana?”
“hermm tak dapat U Kak Piah, dapat Politeknik je”
“Oh yeke, Ani dapat UTM, elektrik”
“Tahniah, anak Kak Piah pandai-pandai ye”



Kalau pertama kali anak dia dapat universiti dan dia kecoh masa beli ikan mungkin boleh dianggap sebagai teruja. Barangkali terlalu gembira sebab dalam 10 anak, anak yang kesepuluh baru dapat universiti. Situasi macam ini boleh dimaafkan. Tapi kalau semua anak dia dapat universiti dan si mak masih kepoh juga masa beli sayur kat kedai acheh memang mak cik tu hati besar penuh riak. Masa tu duit baki beli sayur 50 sen pun mak cik tu halalkan. Bagi dia, ‘alah 50 sen tu apa la sangat, anak aku kan pandai nanti kerja bagus, gaji besar, bagi duit kat aku tiap bulan’. Huh! Baru tanam pokok, dah berangan nak makan buahnya.



Situasi mencanang ‘Anak Aku Pandai Anak Aku Masuk Universiti’ memang berlaku dalam masyarakat kita. Bagi anak-anak yang masih sekolah boleh jadikan sebagai satu cabaran untuk belajar lebih tekun dan menempatkan diri di universiti. Anak-anak pun lebih kompetitif untuk bersaing menjadi yang terbaik.  Bersaing itu bagus tetapi janganlah sampai persaingan itu menjadi satu medan yang boleh merengganggkan sesuatu hubungan. Kalau bangga sangat dengan anak, cakap dengan anak je ‘mak bangga dengan kau, nanti mak belikan Honda sebijik ye’. Kan senang. Tak ada la orang rasa menyampah dengan kita kan.





Walau apa pun, melangkah ke IPT atau IPTS adalah satu permulaan baru sebelum seseorang itu melangkah satu tapak lagi iaitu alam pekerjaan. Tempat tak menjamin kecemerlangan seseorang itu. Kejayaan boleh dicipta di mana sahaja asalkan ada usaha dan disusuli dengan doa. Doa mak ayah tu sangat penting. Tapi janganlah kau sibuk suruh mak kau doa siang malam tapi kau sendiri langsung tak usaha. Duduk depan lap top goyang kaki 24 jam. Kalau perempuan layan cerita korea, yang lelaki pula men’dota’ tak ingat dunia.



Ada orang belajar bagus tapi susah dapat kerja. Ada orang belajar tak pandai tapi pandai cari duit. Ada orang kerja bagus tapi kewangan tak kukuh. Ada orang kerja jadi kuli tapi duit berkepok dalam bank. Ada juga orang tak banyak duit tapi hati senang. Ada orang banyak duit tapi hati susah. Pandai ke tidak seseorang dilihat pada hidupnya. Bagaimana dia bijak mengimbangi hidup dunia dan akhirat. Apa pun ini hanya sebuah pendapat. Mungkin berbeza dengan pendapat dengan orang lain kan. Lagi pun, inikan blog aku, suka hatilah aku nak tulis apa kan. Hahaha



# Ada orang tu dulu canang anak tak pandang kiri kanan, anak dah grade bangga tetap tebal. Kerja nak yang bagus je. Padahal nak pergi interview macam cacing kepanasan suruh orang lain hantar. Kata graduan universiti, takkan naik bus pun tak boleh. Hilang standard ke? Anak dia yang pandai-pandai tu mana?




6 comments:

Anonymous said...

waaaa...
suka sgt ko ye tulisan nie...
kenyataan yg ko sampikan 2 benar2 belaka...

Zulhazri said...

betul 2 ak jmp byk pak cik mak cik cm ni

Ana Faryana said...

anonymoous & zulhazri:

memang betul kan..itulah kenyataan dunia sekarang..

apa pun terima kasih baca entri kali ni..

kaammeeyy said...

wah...aku pown pernah jd mgsa mcm 2...dngar ja poli...semo perlekehkaan...' takat poli...sapa2 pown leh dpt'...kenyataan yg x dpt aku tima...waaa

Ana Faryana said...

syafiqah: memang betul sape2 je boleh dapat poli tapi boleh ke jadi pelajar cemerlang kat poli?

itu yang sepatutnya makcik2 ni kena tahu..

Roysha said...

Mmg byk dh smpi meluat.kena la jaga hati org lain yg x bernsb baik.allah benci org yg bermegah2.