Thursday, June 16, 2011

Lesen Memandu Dan Bantal Busuk



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

 
Hari ini merupakan salah satu hari yang paling bermakna dalam hidup saya. Mesti tertanya-tanya kan apa yang sejarah sangat dengan 16 Jun 2011 ni. Ok nak ceritalah ni. Hari ni kan saya dengan rasminya lulus ujian memandu. Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya doa saya untuk berjaya dalam ujian memandu kereta dimakbulkan oleh-Nya. Syukur sangat-sangat sampai nak cium JPJ yang kacak tu. Alah sebenarnya tak kacak mana pun tapi sebab mood saya bahagia saya kira dia kacaklah.


Lulus !


Setelah 2 kali gagal berturut-turut dalam parking, kali yang ke-3 saya berjaya melepasi rintangan bukit dan penjuru-penjuru yang sangat puaka tu. Bagi saya puaka la, mungkin bagi korang biasa-biasa saja kan. ‘See the leg’ lah. Haha memang la puaka sebab kaki saya bukan sampai sangat pun kat clutch tu. Terpaksa guna 2 bantal untuk capai kaki kat pedal clutch. Gemuruh jiwa tak payah cakaplah, dup dap dup dap je. Tapi bila dah pegang kereta baru boleh cool. 



Saya rasa pengalaman saya mengambil lesen kereta berbeza dengan orang lain. Iyalah setiap orang kan berbeza contohnya dari segi kemampuan, kebolehan dan kekuatan. Apa yang bezanya ialah saya tetap setia membawa bantal-bantal yang berjasa tu ketika ujian memandu. Orang lain mungkin bawa bantal juga tapi mesti satu je kan. Mesti bantal yang empat segi tu kan. Ok ni bukan entri tentang bantal, jangan keliru hehee. Saya bawa 2 buah bantal ye, bukan bantal sofa tu tapi bantal tidur. Peduli apa kan asalkan saya lulus ni. Memang kena bahan dan mendapat perhatian ramai. Hishh saya tak boleh elak untuk terus dapat perhatian ni hahaa. Bangga ^_^



Kakak kat ofis metro tu cakap saya macam budak yang lari dari rumah. Haha kelakar je. Dengan bantal kiri kanan dan beg yang penuh tangkal azimat dari rumah, memang betul-betul macam budak lari rumah. Nak pegang slip ujian pun payah, tak tahu nak guna tangan apa lagi. Masa nak ke meja daftar tu, saya main langgar je orang-orang yang duduk sepanjang jalan ke meja tu. Maaf sangat-sangat. Saya bukan sengaja ok tapi saya memang tak boleh elak dari langgar bahu-bahu kalian yang sasa tu dengan bantal berjasa saya. Bantal lagi.. . #_# (sigh)



Cuak wo tengok muka ganas JPJ


Sebelum ni saya test kat Rakan Ehsan, alah yang dekat dengan Klang sentral tu. Kat situ saya asyik je la TEST GAGAL TEST GAGAL. Menyampah tahu! Macam kena badi. Hahaa mengarut. Kemudian saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib di tempat lain pula. Jadinya saya cuba di Metro Driving Academy. Kebetulan Cikgu yang mengajar kat Metro hampir dengan rumah saya. Tambah-tambah lagi, Cikgu sendiri yang ambil pelajar dari rumah ke rumah bila masa belajar. Kalau ada anak perempuan memang selamat nak hantar kat tempat memandu macam ni. Keselamatan terjamin. 


Mama dan ayah dah boleh tarik nafas lega tengok saya berjaya selesaikan lesen memandu ni. Lepas ni bolehlah memandu di jalan raya dengan beraninya. Selalunya dapat memandu kat lot parking saja. Mama tak payah susah-susah nak memandu lagi. Duduk sebelah saja jadi mentor. Baru nak jinak-jinak memandu kena ada orang kat sebelah, baru rasa yakin. Mon, Et, Ain dan sesiapa yang selalu bawa saya jalan-jalan, kali ni giliran saya pula bawa korang jalan. Excited ni.



Hari ini mengajar saya supaya tidak berputus asa dalam apa juga keadaan. Gagal sekali tidak beerti gagal selamanya dan gagal kedua kali tidak semestinya gagal untuk ke tiga kali dan seterusnya juga. Kita sudah usaha dan bila tiba masanya, kita harus tawakal kepada yang maha kuasa. Semuanya datang dari Tuhan yang mencipta. Jika itu yang tertulis untuk kita, kenalah redha. Bila usaha tidak berjaya, cari ikhtiar yang lain. Contohnya, kalau Mina pergi ke bomoh Pak Abu untuk berubat tapi tidak berjaya, cubalah ke bomoh Pak Ali. Mana la tahu penyakit gila gula Mina boleh sembuh ataupun jumpa doktor lagi senang. Klinik 1 MALAYSIA bayar RM 1 je, kalau bomoh beratus, itu belum dengan kain kuning la ayam kampong la apa la. Hehee itu contoh ye.






Hidup itu pilihan. Pilihlah yang baik untuk kita dan orang lain juga. Kalau baik untuk diri sendiri saja tapi memudaratkan orang lain, itu namanya pentingkan diri sendiri ataupun jual ikan (selfish). 




Wah baguslah MyVi baru ada sistem penjimatan minyak dan sistem keselamatan beg udara. Tak semua kereta Malaysia ada sistem keselamatan beg udara kan. Agak-agak kenapa ye?


Anak MyVi yang baru

Friday, June 10, 2011

10 Perkara Sebelum Ana Berkahwin





Ramai blogger kat luar sana selalu post entri tentang perkara yang akan mereka lakukan sebelum berkahwin. Diorang suruh cuba jadinya saya pun cubalah senaraikan apa yang saya nak sebelum tamatkan zaman bujang tra tang tang. Memandangkan umur saya ini tidak semuda anak Ziana Zain, saya rasa perlu untuk memikirkan tentang itu ya. Hihii ᵔᴥᵔ
Ok jom baca apa yang saya nak sebelum kahwin. Mana tahu sama dengan plan korang ke.



Jom kahwin yok!




10 Perkara Sebelum Ana Berkahwin:



  1.            Pertama sekali kalau saya dah kerja, saya nak belanja mama dan ayah saya. Contohnya, bawa pergi makan kat tempat mewah seminggu sekali atau sebulan sekali. Lepas tu saya nak bawa pergi melancong, segala perbelanjaan ditanggung penuh oleh saya. Beli kerusi urut Osim, sebab mama dan ayah saya kerja keras dari muda lagi, jadi saya nak pastikan mereka sihat sepanjang masa.
  2. Melancong ke KOREA dan LONDON dengan Amalina Moinuddin. Sekurang - kurangnya dapat pergi Korea pun dah cukup bagus. Kalau tak dapat sangat pergi London, pergi London Weight Management pun ok juga. Haha. Tapi rasa tak perlu sebab badan tak ada lemak pun. 
  3. Pergi haji atau umrah satu keluarga. Mama, ayah, adik dan saya. Teringin sangat nak sembahyang kat Masjidilharam.
  4. Memiliki sebuah Mini Cooper, kereta idaman sejak umur 16 tahun. Kereta ni comel sangat macam saya =_= hehee. Tak nak kereta besar-besar sebab nanti parking tak lepas. Parking adalah sebab utama saya ulang test JPJ dua kali. T_T    
  5. Dapat Degree dalam Environmental Engineering atau yang lain tapi tetap dalam bidang alam sekitar. Kalau ada masa nak sambung sampai Master. Phd boleh buat lepas kahwin. Itupun kalau rajin la. 
  6. Pandai masak dalam semua masakan melayu terutamanya masak asam pedas. Ramai lelaki jatuh cinta kalau makan asam pedas yang superb. Sekarang saya tengah belajar masak sebab saya janji nak belajar masak kalau jumpa lelaki yang saya betul-betul suka. @_@ huhuu.
  7. Belajar menjahit. Dari sekolah rendah lagi saya minat menjahit tapi tidak berkesempatan nak belajar. Teringin juga nak jahit baju kurung sendiri. Raya nanti tak ada la susah-susah nak tempah kat tailor, jimat duit.     
  8. Naikkan berat badan. Ha yang ni lain sikit. Biasa orang nak kurus la, nak badan fit la, nak kempis perut la apa la, tapi saya nak naikkan berat badan. Agak-agak berat badan saya berapa? Cuba teka. Kalau betul saya belanja makan. 
  9. Mempunyai simpanan yang banyak. Sekurang-kurangnya duit kat bank ada RM20k. Isk cukup ke? Nak operate scoliosis pon tak cukup ni. Hurmm ok la kan dari tak ada langsung. 
  10. Akhir sekali sebelum saya berkahwin adalah kesihatan yang baik. Saya akan pastikan kesihatan saya betul-betul memuaskan sebelum  ambil keputusan untuk kahwin dengan lelaki yang saya cintai. 






Fuhh. Susah juga nak list 10 Perkara Sebelum Berkahwin ni. Agak – agak kalau nak penuhkan segala angan –angan di atas ni, umur berapa saya akan kahwin? Oh janganlah lebih 30, saya tak mahu jadi anak dara tua woo  ~o~. 



Walau macam mana sekalipun saya merancang, kalau sudah sampai jodoh, tak payah nak tunggu semua list ni terlaksana, saya kahwin je. Perkahwinan dalam islam adalah mudah. Cukup syarat bolehlah kahwin. Cuma masyarakat saja yang merumitkan keadaan, mahu itu mahu ini. Semua itu kehendak dan sebagai manusia biasa saya pun tak terlepas dari keinginan yang sama.  Tapi yang nombor 1 tu penting sebab saya rasa mama dan ayah saya tak akan lepaskan saya selagi mereka tak rasa duit titik peluh saya bekerja.



Cubalah buat list perkara sebelum berkahwin ni. Sekurang-kurangnya kita nampak apa matlamat yang kita nak capai dalam hidup ini. Dari situ kita akan berusaha untuk pecahkan kaca angan – angan ni satu persatu. 






p/s: Ada orang tu tak sabar nak tengok saya drive mini cooper. Wuhuuu. 

Mini Cooper pasti ku miliki!

 

Wednesday, June 8, 2011

Berdiri Atas Kaki Sendiri



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Apa yang anda terfikir bila baca 'berdiri atas kaki sendiri'? Eh mestilah berdiri atas kaki kita sendiri kan. Takkan nak berdiri atas kaki orang lain. Isk isk mana boleh berdiri guna kaki orang lain, tak logik la.Okay, apa yang saya cuba maksudkan disini ialah melakukan sesuatu dengan usaha sendiri tanpa berharap kepada orang lain.


Saya akui saya seorang yang sangat bergantung pada kedua mama dan ayah saya. Itu jika dirumah. Di sekolah pula saya akan bergantung pada rakan-rakan sekeliling saya. Banyak atau sedikit tetap bergantung juga. Kerana apa? Saya manusia yang dipilih untuk memiliki tubuh badan kecil. Jadinya saya tidak mampu untuk melakukan semua perkara sendiri. Tetapi itu bukan alasan untuk saya terus bergantung pada orang sekeliling saya kan. Saya berusaha untuk melakukan semua perkara dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Saya percaya suatu hari saya pasti dapat melakukan segala sesuatu dengan kemampuan yang saya ada. 


Saya pasti secomel ini kayuh basikal di awal pagi hehee


Mesti tertanya-tanya kan apa motif saya letak gamba budak comel dengan basikal. Haa ni yang nak bagi tahu ni. Untuk semester baru nanti, saya akan bawa basikal untuk ke kelas. Cool tak? haha. Saya tiada lesen kereta yang lengkap untuk memandu kereta. Kalau saya ada pun, tak mungkin saya bawa kereta ayah dari Klang ke Sabak Bernam. Belum berani untuk itu. Nanti-nanti dululah. 


Lagipun naik basikal lagi bagus kan. Disamping menjaga kualiti alam sekitar, dapat juga badan yang sihat. Setakat berkayuh dari ruma sewa ke Politeknik tu apalah sangat. Dulu masa sekolah rendah boleh je naik basikal. Jauh juga dari rumah nak ke sekolah agama tu. Rakan yang lain, biarlah mereka dengan cara mereka sendiri. Saya tak mahu bergantung pada orang lain lagi. Tapi kalau hujan memang tak ke kelas la jawabnya. Yuhuu ada alasan nak ponteng. Apa pun saya harap plan saya berjalan lancar. 



Huargghh dah lambat ke sekolah


Dulu lepas balik sekolah mesti berhenti kat pokok ala-ala sakura

Miley Cyrus also ride her bicycle. Pretty cool huh.




Aku tahu
Kawan itu sudah muak
Bila terus dijadikan batu sandaran
Pada mereka yang selalu mengharap

Sampai bila harapan itu
Harus dituju pada badan yang makin lesu
Lemah dan tidak bardaya lagi
Untuk memenuhi setiap harapan

Wahai kawan
Adakah kau rasa terbeban untuk membantu
Perbetulkan niatmu itu
Pasti ada ganjaran untuk mu nanti

Berapa lama lagi
Untuk kau tabur benih-benih harapan
Yang tumbuh mekar dihati kau
Pada rakan yang kadang kau abaikan

Ayuh bangunlah
Bangkitlah dari mimpi lenamu itu
Tegakkan kakimu yang kaku
Berdirilah di atas badanmu sendiri



Pstt: Kawan saya cadang pakai baju kebaya dengan seluar kayuh basikal ke kelas. Nampak klasik la. ^_^


Saturday, June 4, 2011

Anak Aku Pandai Anak Aku Masuk Universiti




Trend zaman sekarang kalau anak dapat Universiti mak bapa bangga melambung-lambung. Biasanya mak mak la yang over lebih sikit, bapa bapa cool rilex je. Tapi ada juga bapa yang bongkak bangga anak dia pandai. Spesies macam ni biasanya jenis orang yang suka cakap besar. Tak syak sekali, sebab kalau orang yang lembut sopan santun tetiba cakap besar, nampak pelik. Anak gembira dapat tawaran dan si mak pun gembira canang anak dia sana sini. Suara tu kalau boleh kuat macam Siti Nurhaliza pakai microphone. Biar satu kampong tahu yang anak dia dapat universiti.



Selalunya kejadian mencanang ‘Anak Aku Pandai Anak Aku Masuk Universiti’ ni berlaku masa majlis-majlis keramaian macam kenduri kahwin, kenduri cukur jambul, kenduri berkhatan dan lain-lain kenduri. Sebab apa? Sebabnya masa ni orang ramai berkumpul. Jadinya taklah penat sangat nak ulang banyak-banyak kali. Sambil tangan sibuk kupas bawang, mulut pun sibuk cakap pasal anak. Kalau anak sama-sama belajar kat universiti ada la juga point nak lawan anak siapa paling pandai paling baik. Tapi kalau anak sekadar belajar lepasan SPM ni nak cakap apa? Sekadar angguk dan mengiyakan apa yang si mak cik mulut besar tu cakap. Dalam hati rasa menyampah. Kalau jenis yang sensitif mungkin akan terasa. 




 “Mila dapat U mana?”
“hermm tak dapat U Kak Piah, dapat Politeknik je”
“Oh yeke, Ani dapat UTM, elektrik”
“Tahniah, anak Kak Piah pandai-pandai ye”



Kalau pertama kali anak dia dapat universiti dan dia kecoh masa beli ikan mungkin boleh dianggap sebagai teruja. Barangkali terlalu gembira sebab dalam 10 anak, anak yang kesepuluh baru dapat universiti. Situasi macam ini boleh dimaafkan. Tapi kalau semua anak dia dapat universiti dan si mak masih kepoh juga masa beli sayur kat kedai acheh memang mak cik tu hati besar penuh riak. Masa tu duit baki beli sayur 50 sen pun mak cik tu halalkan. Bagi dia, ‘alah 50 sen tu apa la sangat, anak aku kan pandai nanti kerja bagus, gaji besar, bagi duit kat aku tiap bulan’. Huh! Baru tanam pokok, dah berangan nak makan buahnya.



Situasi mencanang ‘Anak Aku Pandai Anak Aku Masuk Universiti’ memang berlaku dalam masyarakat kita. Bagi anak-anak yang masih sekolah boleh jadikan sebagai satu cabaran untuk belajar lebih tekun dan menempatkan diri di universiti. Anak-anak pun lebih kompetitif untuk bersaing menjadi yang terbaik.  Bersaing itu bagus tetapi janganlah sampai persaingan itu menjadi satu medan yang boleh merengganggkan sesuatu hubungan. Kalau bangga sangat dengan anak, cakap dengan anak je ‘mak bangga dengan kau, nanti mak belikan Honda sebijik ye’. Kan senang. Tak ada la orang rasa menyampah dengan kita kan.





Walau apa pun, melangkah ke IPT atau IPTS adalah satu permulaan baru sebelum seseorang itu melangkah satu tapak lagi iaitu alam pekerjaan. Tempat tak menjamin kecemerlangan seseorang itu. Kejayaan boleh dicipta di mana sahaja asalkan ada usaha dan disusuli dengan doa. Doa mak ayah tu sangat penting. Tapi janganlah kau sibuk suruh mak kau doa siang malam tapi kau sendiri langsung tak usaha. Duduk depan lap top goyang kaki 24 jam. Kalau perempuan layan cerita korea, yang lelaki pula men’dota’ tak ingat dunia.



Ada orang belajar bagus tapi susah dapat kerja. Ada orang belajar tak pandai tapi pandai cari duit. Ada orang kerja bagus tapi kewangan tak kukuh. Ada orang kerja jadi kuli tapi duit berkepok dalam bank. Ada juga orang tak banyak duit tapi hati senang. Ada orang banyak duit tapi hati susah. Pandai ke tidak seseorang dilihat pada hidupnya. Bagaimana dia bijak mengimbangi hidup dunia dan akhirat. Apa pun ini hanya sebuah pendapat. Mungkin berbeza dengan pendapat dengan orang lain kan. Lagi pun, inikan blog aku, suka hatilah aku nak tulis apa kan. Hahaha



# Ada orang tu dulu canang anak tak pandang kiri kanan, anak dah grade bangga tetap tebal. Kerja nak yang bagus je. Padahal nak pergi interview macam cacing kepanasan suruh orang lain hantar. Kata graduan universiti, takkan naik bus pun tak boleh. Hilang standard ke? Anak dia yang pandai-pandai tu mana?