Saturday, March 26, 2011

Kau Tetap Sahabatku




Kita sering mengharapkan keikhlasan dan kejujuran dari sahabat
Tapi cukup jujurkah kita pada sahabat kita?
Diri kita saja yang tahu jawapannya


Jujurlah
Tidak setiap masa kita jujur dan ikhlas dengan sahabat kita kan
Kerana kita manusia biasa
Sering leka dan khilaf


Umpatan dan kejian
Semua itu lumrah dalam persahabatan
Kita hanya mengambil kira perasaan kita
Perasaan sahabat langsung tidak kita peduli


Bila gadis melihat cermin
Seboleh mungkin dia akan menutup cela pada wajahnya
Sama seperti sahabat
Sepatutnya kita menutup aib sahabat kita
Bukan mencanang ke sana sini


Maaf kerana aku juga begini



Seorang sahabat akan memujuk sahabat yang dalam kesedihan



Sahabat akan memberi nasihat bila sahabat membuat kesilapan



Seorang sahabat akan cuba meluangkan masanya 
untuk menjadi pendengar setia



Sahabat belajar bersama - sama dan saling membantu dalam pelajaran.
(Bukan untuk kau copy & paste jawapan dia)



Seorang sahabat akan memimpin sahabatnya 
untuk sama seiring jalan dengannya


Sahabat akan sentiasa ingat sahabatnya yang jauh



Seorang sahabat sentiasa menggembirakan sahabatnya



opsss ini sahabat tapi mesra ^_^



Seorang sahabat akan memahami sahabatnya


Sahabat akan peluk erat sahabatnya walau apa pun terjadi




Sejak akhir-akhir ni saya rajin jogging dengan sahabat-sahabat saya



Kucing juga tahu bersahabat ni >_<



Walau macam mana hodoh jelik busuk perangai sahabat tu
Kita kena terima saja la
Nak buat macam mana 
Dah nasib dapat kawan macam tu


Saya pun jelik juga
Nasib korang la kan dapat kawan macam ni


Jadilah sahabat yang baik
Peringatan untuk diri ini juga





"ya ALLAH, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, 
dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Al-Baqarah : 201)




Monday, March 14, 2011

Si Pembuli!







Si Pembuli
Pagi - pagi buta dah telefon
Kata saya tak wish HARI JADI dia
Padahal saya sudah post di mukabuku dia
Memang betul - betul pembuli ni!


ok nampak tak??


Dari dulu sampai sekarang
Tak sah kalau tak tanya kasut saya saiz berapa
Saiz kasut saya 1 atau 2 atau 3 
Kadang-kadang 4 pon saya bantai juga
Sebab nak kasut gorgeous
Kononnya
Hahahaa


Untungnya pergi sekolah pakai Converse kan !_! 




Ingat lagi
 Memang tak nak lupa pon
Masa tu Tingkatan 4 & 5
Setiap kali nak pergi tandas
Mesti kena bahan dengan Si Pembuli
Kadang - Kadang kawan kelas dia pon join sekali
Sabar saja la
Buat muka tak tahu 
Lepas tu lari cepat - cepat
Sebab tak tahan dah nak buang segala isi perut yang meragam ni
Nak ke kelas pon kena bahan lagi
Diorang 1 kelas memang dah standby nak bahan saya
Saya tahu
Sebab saya ni comel
kan kan kan??


Masa kat sekolah dulu tak pernah cakap dengan dia
Langsung tak pernah
Tapi bila dah habis sekolah lain pulak
Si pembuli ni la yang rajin jumpa saya
Tak sombong nak tegur saya
Jadi kawan saya
Teman saya belajar malam - malam
(Tapi tiba-tiba hilang rupanya melantak McD)
 Dia ni memang baik dengan saya




Ucapan untuk Si pembuli:


Semoga sihat - sihat selalu
Kalau tak sihat macam mana nak bahan orang lagi kan
Harap makin hensem
Kalau hensem sedap mata nak tengok
Belajar rajin - rajin
Jaga mak dan ayah
Jaga makan minum
Susu tu penting tau!
Semoga berjaya dunia dan akhirat


Maaf tak ada kek
Oven kat rumah meletup la
Nak belikan RAY BAN WAYFARER 
Tak mampu la kan


Jangan jemu untuk buli saya lagi ye
Saya suka ^__^



Sape nak nombor Abang atas ni sila mintak kat saya


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE
- - -22 eh??haha


Friday, March 11, 2011

E.T Yang Makin Membesar



11 MAC 2011
Hari lahir kawan saya
Siti Fatimah binti Abdullah
Atau nama popular E.T.
Dah lama saya berkawan dengan dia.
Dari saya tingkatan 1 lagi.
Dia baik sangat dengan saya.
Dengan kawan lain pun dia baik juga.
Dia selalu tolong saya, dari dulu lagi, sampai sekarang.
Untung kan saya?
Saya bersyukur sangat sebab Allah bagi saya seorang kawan yang baik.
Kalau kira-kira, kami dah 8 tahun berkawan.
Dari tahun 2003 sampai la sekarang ni 2011.
Dari kami sekolah menengah sampai la ke Politeknik.
Dia selalu ada bersama dengan saya.
Tak kira masa senang dan susah.
Dia sentiasa sokong saya.


Ucapan untuk kawan saya, SITI FATIMAH:

E.T !!
Semoga kau dan keluarga sentiasa sihat selalu.
Ingat jaga makan dan minum.
Banyakkan minum susu untuk tulang kita yang makin tua ni.
Jaga masyur baik-baik.
Jangan buli dia.
Dia dah la sekeping macam aku.
Bawa motor ke kereta jangan laju-laju.
Laju tak apa tapi jangan bahaya.
Nanti dah habis Poli, rajin-rajin la tengok aku kat sini.
Mesej pun dah cukup.
Harap kau berjaya dalam apa kerja yang kau usahakan.
Harap ada kesempatan lagi untuk kita bersama.
Maaf tak dapat nak sediakan kek macam tahun lepas.
Tak ada oven nak bakar kek lah.(alasan *__^)


Selamat Hari Lahir yang ke-21

~Ini lah kawan saya, E.T~


Kenangan kita dulu-dulu!!



~Ingat tak kita semangat tengok teater sempena Hari Merdeka~


~ Gamba masa semester 1 - buka puasa~


Itu jer gamba yang boleh di upload.
Tak boleh tayang muka lebih-lebih kat sini..BAHAYA!


Happy Birthday E.T!!
Sayang kau sangat-sangat




Sunday, March 6, 2011

Saya Suka Pakai Kasut SPARK Masa Sekolah!!



Adik yang bersungguh- sungguh belajar


Kain biru tua dan seluar biru tua
Patuh pada orang tuanya
Patuh pada gurunya
Dan patuh pada peraturan sekolahnya


Wajah polos lagi suci
Senyuman riang terukir indah
Jiwa yang kecil itu
Tersimpan berjuta cita-cita


Kasut SPARK pilihan ramai
Teman sejati bermain dan berlari
Andai tewas dipertaruhan
Kalah bukan penamat segala


Kain biru tua berganti
Kain hijau disarung kemas
Terik mentari bukan penghalang
Kaki tegar mengayuh impian


Di masa itulah
Jiwa-jiwa kecil itu mula mengenal
Darab dan bahagi
Sains dan teori
Pantun dan puisi
Bahasa dan sastera
Seni dan budaya
Sejarah dan Negara
Georgrafi dan peta dunia
Akhlak dan tatasusila
Dan tidak lupa
Ibadah dan agama


Wajah polos lagi suci
Kini ayu dan menawan
Punya jiwa besar dan dewasa
Semakin hampir dengan cita-cita


Zaman itu sudah berlalu
Tapi kenangan dan memori
Tetap teguh dan utuh
Sebagai sejarah awal hidup ini


Ok jom main teka-teki. Mana satu saya? sila bulatkan sendiri ^_^



 Sekolah rendah dulu saya memang betul-betul nerd. 
Dengan cermin mata bingkai besar, sangat kelakar. 
Yela zaman dulu mana ada spect budak yang cun macam sekarang ni. 
Setiap kali nak bergambar mesti cepat-cepat buka spect. 
Sebab rasa muka sangat hodoh kalau pakai cermin mata bingkai kaler pink tu.

- Ini kasut Bata..hehee-


Dulu masa sekolah rendah, ayah selalu bawa pergi kedai Bata kat Jalan Taiping Klang. 
Ayah suruh pilih mana yang suka. 
Dan semestinya kasut SPARK dari Bata menjadi pilihan hati saya. 
Masa tu kecil lagi, tak kenal Converse, North Star, Jazz ke bagai.
Walaupun selalu tengok iklan kasut Jazz kat TV macam hebat je 
tapi tetap tegar nak pilih kasut bata. 
Memang pengguna setia!


Saya selalu pilih yang banyak getah macam kat gamba kanan ni. 
Sebabnya kan, banyak getah tak payah nak kapur banyak-banyak. 
Kapur sikit-sikit je, jimat la kan. 
Nanti takde la kecoh sangat gaduh dengan adik nak minta kapur dia.
Bila masuk sekolah menengah langsung takde hati hati nak kapur kasut.
Sebabnya, tiap kali nak kapur kasut mesti kapur tu takde,
macam biasa la kena rembat kan. Sejak tu dah malas nak beli kapur.
Biar je la kasut tu kuning-kuning.


Macam biasa, kasut adik lebih besar dari kasut saya. 
Heh! adik memang selalu lebih besar dari saya.


Thursday, March 3, 2011

Mac Yang Terpilu




Bulan mac itu
Mengingatkan aku
Tentang erti kesyukuran
Tentang pengorbanan
Kasih sayang dan kesempatan


SCOLIOSIS menggegarkan gegendang telinga
Apakah itu?
Sukar untuk ku mengerti
Tapi itu yang harus aku hadapi nanti


Matahari secerah harapanku
Berselindung di sebalik bayang – bayang
Berlagak tenang dan tenteram
Cuba menyembunyikan pilu di hati


Bila bulan mengambil takhtanya
Aku jadi resah dan gelisah
Kekecewaan merajai jiwa
Aku kalah pada perasaanku sendiri


Selalu bertanya pada diri
Apa yang tersembunyi di sebaliknya
Mampukah jiwa yang nipis ini
Melalui jalan takdirnya


Di saat itu
Kulihat wajah mama dan ayah
Ku jerit mohon ampun dan maaf
Tapi itu jeritan batinku


Lidah kelu tak mampu berkata
Mata berkaca menahan tangis
Aku tak mahu dianggap lemah
Aku hanya terdiam dan terus membisu


Bila waktu itu tiba
Aku pasrah dengan ketentuannya
Dengan doa dari semua
Aku yakin semua baik-baik saja


Berhari – hari terbaring layu
Jarum – jarum nipis terus menyeksa lengan
Syukur ada mama yang menjagaku
Tidak pernah lelah untuk menemaniku


Keluarga dan rakan datang memberi semangat
Gembiranya hati
Sesuatu yang aku tidak sedar selama ini
Mereka tidak membiarkan ku sendiri


Bila mereka pulang
Sepi kembali menemani
Ku lihat mata mama
Sayu terasa


Sebulan berlalu
Aku dilepaskan dari rantai kesepian
Kembali menjalani rutin harianku
Sebaik mungkin menjaga kesempatan yang diberi


 Waktu, detik dan saat itu
Menjadi erti dalam hidup
Menyedarkan diri
Supaya menghargai hidup ini


Terima Kasih mama, ayah, adik
keluarga & rakan-rakan..


Juga kepada doktor & nurse yang merawat..Terima kasih


~keBaya Sendat Sepatu MeRah a.k.a Ibunda yang bagi~

~kawan saya bagi - Fariq~