Monday, January 17, 2011

SURAT UNTUK ADIK

Adik
Kau sudah melangkah ke menara gading
Tugasmu kini sebagai seorang pelajar
Belajar adalah amanah dari mama dan ayah

Kau bukan lagi seorang pengipas ayam di pasar malam
Bukan juga seorang jejaka penghantar makanan segera
Kau kini bergelar siswa
Bukan lagi pelajar sekolah menengah dan rendah

Semalam
Aku dan kau berYAHOO MESSENGER
Kau bersoal padaku
“MAMA DAN AYAH SIHAT?”
Dan aku sambut dengan tawa mengilai
Maaf
Aku janggal bila kau soal begitu
Kau luah keluhan
Kau rindu mama
Kau rindu ayah
Aku tahu kau tak biasa
Kau tak pernah berjauhan dari mama dan ayah

Adik
Buang semua keluhan
Campakkan jauh-jauh
Tanamkan keazaman dan kekuatan
Semai dengan kesungguhan dan ketekunan
Katakan “TAK NAK” pada anasir negatif
Pasti kau mampu menjalani semua dugaan

Aku tahu
Bukan bidang ini yang kau citakan
Tapi inilah ruang yang kau miliki
Hargai peluang yang diberi Tuhan
Kerana mungkin tiada lagi peluang di lain hari

Adik
Kau sudah dewasa
Kau bisa berberfikir
Kau bisa berdikari
Jaga akhlakmu
Jaga solatmu
Jaga pertuturanmu

Doa harapan mama dan ayah
Sentiasa mengiring kau di sana

Sampaikan salamku
Pada bumi Jengka Pahang








2 comments:

Fahmy Ijas said...

nk nangis siot...

Ana Faryana said...

ahaha nanges je la. .
macam tak biase je nanges dalam selimut. .