Friday, November 19, 2010

HARI-HARI MIDORI


19 November 2010
Jam 6 petang

Tamat sudah segala bebanan
Penghujung kepada penantian


Hari-hari Midori
Tiba sudah kini

Bermulanya sebuah harapan
Bercambah segunung impian

Selamat tinggal kebosanan
Selamat tinggal kerunsingan













Cornetto Chocolate vS Cornetto Strawberry




Dahulu. .
Cornetto chocolate sahaja dihati
Menikmatinya seperti menang loteri
Hari yang hampa serta merta pergi

Sampai satu ketika
Cornetto strawberi mempelawa
Walaupun ragu pada mulanya
Tapi naluri berkata apa salah mencuba

Cornetto strawberry yang istimewa
Memplihtkan mataku
Bagaimna untuk menghayatinya
Dengan cara yang berbeza

cornetto strawberry pandai mgoda
Plahan2 mcair di kotak hatiku
Mengalir dan menyejukkan
Dan jujur aku jatuh cinta

Bersamanya buat jiwaku melayang
Degupan sepantas kijang bila menatapnya
Ingin aku peluk ke dalam dakapanku
Biar dunia bagai aku yg punya

Sayangnya
Cornetto strawberry sedingin kutub utara
Aku mampu membeli tawanya
Tapi tak mampu memiliki hatinya

Aku bpijak pada dunia yg nyata
Setitik harapan tidak dipertaruhkan
Biar saja menikmatinya begitu
Kerana aku masih ada kenangan itu






Monday, October 25, 2010

Hari Tidur Sedunia

Matahari tidak segan silu
Memanah sinar ultra ungu ke bumi
Burung berkicau-kicau
Si tedung indah memerhati

Si kain biru dan si seluar hijau
Tergesa-gesa mengatur langkah
Di satu sudut terlihat si segak
Bergaya dengan rotan ditangan
Sesekali pandangan sinis dilempar
Cukup menggerunkan si kain biru dan si seluar hijau

Dewan bergema
Si pengawas mengimami doa
Ikrar taat dan tekun berusaha bersahut-sahutan
Ngauman negaraku menyemarak tiap jiwa
Si baju batik melayangkan propaganda

Dan kini tibalah
Giliran si kacak rupawan menjual hujah
Si kain biru dan si seluar hijau mengeluh kesah
Kerana apabila si kacak berhujah
Sepurnama lamanya

Si kacak mula bersyair indah
Begini bunyinya
"Bersempena dengan
Hari Tidur Sedunia
Beta umumkan
Pelajar dan guru
Bolehlah tidur
Sehingga seminggu
Oleh yang demikian
Selamatlah Tidur"

Jiwa yang keluh kesah membutang
Terpesona dengan syair indah
Sorakan berdegum degam
Dan golden bell memekakkan telinga

KRINGGG!!!!!!!!
7.00 AM

ahhh.........
Aku terjaga penuh kehampaan




Thursday, October 14, 2010

BEBAN

Lemparkan semuanya
Campakkan segalanya padaku
Jangan tinggal sesisa
Biar beban ada di bahuku

Kau tidak perlu ragu-ragu
Kerana kau punya kuasa
Berhak menentu apa saja
Yang itu atau yang ini

Aku yang dipertanggungjawabkan
dan aku yang akan disalahkan

Friday, October 8, 2010

Tragedi Oktober



OKTOBER kembali 
Mencoret angka dengan megahnya
Meninggalkan SEPTEMBER
Yang menebal muka kepura-puraan 
Meninggalkan OGOS 
Yang sarat patriotisme kenegaraan

Meninggalkan JULAI 
Yang berkumpul rasa kehampaan

Meninggalkan JUN 
Yang mampat dengan kebosanan

Meninggalkan MEI 
Yang tepu dengan jiwa kebuntuan 

Meninggalkan APRIL 
Yang bertimbun aksi kenakalan

Meninggalkan MAC 
Yang kebal dengan panah tohmahan

Meninggalkan FEBRUARI
Yang penuh pengertian
Meninggalkan JANUARI 
Yang besar angan-angan keazaman

Mimik kepura-puraan terus menghiasi OKTOBER. .
Hari demi hari meghitung DISEMBER. .
Mengharap NOVEMBER muncul segera. .
Agar tembok kepura-puraan ini tidak terus menderita. .