Thursday, March 6, 2014

Kawan Dari Jepun


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...





Hai semua. Nak tahu salah satu perkara yang menarik masuk universiti adalah dapat bergaul dengan pelbagai bangsa dan pelbagai negara. Buat masa ni aku ada kawan dari Brunei Jepun dan China. Buat masa ni yang ada dalam kelas budak Jepun dan China.  Brunei tak hantar delegasi mereka ke sini untuk sem ni. Oh mungkin semester depan. Aku tunggu. Hahaha. 


Ada exchange students dalam kelas adalah perkara yang menggembirakan lecture dan tentunya kaum hawa dalam kelas. Al maklumlah adam di kelas kami boleh dikira jari. Bila ada exchange student bertambahlah sedikit populasi mereka dalam kelas. Seronok sikit nak toleh kiri kanan. 





Biasanya exchange student jadi idaman para hawa. Macam sem lepas ramai yang crush dengan Brunerian. Mentang-mentang diorang kaya, emas menggunung. Haha. Ada juga yang crush dengan Keisuka si jepun yang berkaki panjang. Dia mengaku sendiri masa present kelas seminar. Sebenarnya kami satu kelas dah tahu dari semester 1 lagi.


Budak Jepun nama Takuya Kurihara dan budak China Yu Jia Jia. Yu jia jia suka pakai seluar hipster tapi budak-budak anggap seluar tidur. Hahaa nakal budak-budak ni. Yu jia jia ni pendiam sikit. Mungkin sebab budak-budak kelas tak nak cakap dengan dia. Bukan apa, masing-masing takut nak speaking. Dan dia perempuan, takkan nak flirt dengan perempuan kan. Tak bestlah~


Oh ye, kalau dapat tahu ada exchange student selain dari Brunei masing-masing akan 

"Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~" 
panjang 20 harkat -.-

Sebab masing-masing taknak jadi gagak bila presentation. Tapi sampai bila kan? This is an opportunity for us to improve our English right? Ok take the positive way. 


Tapi dengan Takuya kami tak malu-malu nak bersembang dan berbual. Eh. Sebabnya, bila kami tanya dalam english kami akan dapat jawapan Bahasa Melayu. Eh eh? double eh. Iya, Takuya pandai cakap melayu. Jadi kami boleh rancak berbual. I think he's fast leaner. Respect dengan orang bukan Malaysia yang belajar dan bertutur dengan Bahasa Melayu. Tak semua foreigner yang belajar kat sini peduli atau kesah untuk belajar bahasa kita. Lebih-lebih lagi Takuya dari negara yang memperkasakan bahasa ibunda mereka, Bahasa Jepun.


Tak pasti berapa lama Takuya dah ada kat Malaysia. Tapi dia boleh cakap serangkap ayat dengan lancar. Bukan perkataan satu-satu.  Kau tanya budak Iran, hampeh, entah-entah terima kasih pun tak tahu. Buat muka kalau kita tak dapat jawab dalam english dengan lancar. Aku memang malas nak layan orang macam ni. 


Tengok.. Post kat FB pun guna Bahasa Melayu tau. Memang bersungguh nak belajar ni. 




Nana cakap Takuya pakai spec nampak educated. Aini pula cakap suka tengok Takuya senyum. Nampak tak diorang dah mula dah. Lina je tetap dengan pendirian nak vote untuk Tajul. Hahahaa. Tapi betullah diorang cakap. Walaupun tak secomel Yamapi dan Ikuta Toma, tapi tetap jadi penyeri kelas kami. :)










Harap sem depan datang yang muka iras-iras Hayami Mokomichi :)





-xoxo-
 

Monday, March 3, 2014

Annyeonghaseyo!


Assalamualaikum...




Annyeonghasipnika! Jeoneun Ana imnida. Jeoneun Malaysia saram imnida. Jeoneun hapsaeng imnida. Kamsahamnida~~~

Hah apa maksudnya?

Selamat sejahtera. Saya Ana. Saya orang Malaysia. Saya seorang pelajar. Terima kasih.




Untuk semester ni aku ambil 3 jam kredit untuk foreign languages. Foreign languages memang wajib untuk Bac. Environmental Management. So that, I choose Korean Languages. The others ada yang ambil Mandarin, France etc. But i choose Korean. 



Kenapa saya ambil korean?

Sesetengah mungkin akan fikir 'berguna ke ambil korean ni?'. Hermm what do u think? Is it worthless? I don't think so. Ini kan ilmu. Belajar apa pun berguna. Yang penting macam mana ilmu tu di gunakan dan dipraktikkan. Even ada basic korean japan mandarin france tapi tak tahu tak digunakan, cuma atas kertas je, that is worthless. Tetap tak jadi added value untuk minta kerja nanti. Mana tahu aku dapat kerja dengan company korea. Kan?


Belajar pun kena ada minat. Belajar bahasa kalau tak minat you'll get sick! Seriously. Sama la macam belajar bahasa inggeris kan. Belajar grammar dari sekolah rendah sampai universiti pun tak pas pas lagi. Itu aku la, orang lain tak kot. Bosan kan. Bahasa lagilah bosan kalau tak minat. Sebab kau kena belajar menulis mengeja menyebut macam tadika. Belajar vokal wovel macam sekolah rendah. Kalau tak enjoy kelas tu macam mana nak hadap semua ni kan. So, minat tu kena mendalam, baru gigih nak belajar. 


Meh aku tunjuk Son Sae Nim (cikgu)

 
LEE JUNG LIM son sae nim. Purely korean. Cantik macam Kim Ha Neul. Masa 1st kelas aku tengok je dia tak berkelip. Apa dia cakap pun tak peduli sangat masa tu. Comel sangat son saen nim cakap. Lembut, sopan, betul-betul orang korea ni~~~ ^.^
Kadang-kadang juga aku macam terleka sikit. Feeling yang aku tengah belajar kat korea. Air cond kat kelas pun sejuk lain macam. Bila tengok son sae nim pula aku rasa macam tengah tengok korean drama. Haha punyalah berangan dalam kelas. Lepas tu mengeja gagap gagak. Huh! I need to practice!



Biasanya lepas kelas aku akan ajar kawan-kawan yang lain belajar korean. Kitorang tukar-tukar belajar. Ada yang ajar mandarin Ni hao, ada yang ajar france bonjour. Seronok tau dapat belajar macam-macam bahasa ni. Yang penting janganlah kedekut ilmu ye. Kita guna sama-sama. Tapi paling penting aku cakap korea memang comel gila. (Hahaha angkat bakul kejap..aduhh berat juga bakul ni!)



Sebenarnya aku ada tanam cita-cita nak exchange student ke korea. Hari tu ada usha-usha university yang collaborate untuk exchange student, one of it is Yonsei University. Aku tengok ada course yang aku minat nak ambil. Kat Fakulti aku tak ada course ni, climate change. Last week Dr. Rosli ada cakap yang tak semua negara ada tawarkan course climate change. So, aku rasa macam motivated nak belajar pasal climate. Memandangkan cuaca kat Malaysia ni pun dah berubah-ubah, sejuk tak terhingga dan panas mencanak-canak. Harap ada la peluang untuk belajar ke negara orang walaupun inggeris saya ni tak seberapa. -.-







Hah sebab tu lah belajar korea!
Yonsei University in my dream tonight.

 
I'll take the picture in front of statue of underwood!







-xoxo-