Wednesday, September 28, 2011

Kekasih Idaman Part 1



Hai lelaki dan perempuan idaman kat luar sana. Untuk entri kali ni, nak cerita pasal kekasih idaman ya.  Korang korang pun mesti ada kekasih idaman, perkahwinan idaman, kereta idaman....semua nak idaman idaman je kan kan. Idaman atau maksud lain bagi Ana adalah berangan je lebih. Heii berangan itu penting okay! Dengan berangan barulah ada cita-cita nak capai apa yang kita hajatkan tu. Ayah saya selalu kata tak salah berangan yang hebat hebat.


Berbalik pada kekasih idaman kita hari ni, idea tercetus bila tengok drama Soffiya kat TV tadi dengan budak-budak rumah. Bila part Ilyas hadiahkan buku kat Sofiyya rasa sweet la pula. Ana rasa tak ramai boyfriends kat luar sana yang nak bagi/hadiahkan buku kat girlfriend dia. Typical hadiah yang wajib/mesti/selalu girlfriend ni dapat macam anak patung, bantal peluk guling, bunga, coklat. Romantik la konon. Okay memang romantik pun. (asal ayat macam jeles ni?)


Bagi Ana teman lelaki yang bagi teman wanita dia buku sangat sangat sangatlah romantik. Dapat pula buku yang keagamaan macam "1001 WANITA SOLEHAH" atau "KEARAH MUSLIMAH SEJATI". Aduhhh sejuk je hati ni nak baca kan. Tengok tajuk je dah rasa macam nak jadi wanita baik baik alim alim je kan. Lelaki kan suka perempuan yang baik, lembut dan bertudung litup. So, why not bimbing wanita-wanita ni dari awal, masa tengah hangat bercinta. Barulah boleh jadi isteri yang solehah kan. 





Membaca kan banyak kebaikannya, lebih lebih lagi buku-buku keagamaan dan motivasi. Ilmu yang dapat dengan membaca ni boleh dikongsi bersama. Masa tengah dating bolehlah berbincang atau membahaskan tentang buku yang korang bagi tu. Jangan bahas sampai gaduh pastu putus hubungan dah ler. 







Jangan dapat buku macam ni sudah...








Okay rasa macam nak lempang laju laju je bila pakwe bagi buku cerita dongeng kanak-kanak. Tak tahulah apa motif dorang sebenarnya. Bateri kat kepala full sangat kot. 




pstt: Nak cepat cepat dapat pakwe la. Nanti boleh list semua buku yang Ana nak baca hihihii..


Sunday, September 25, 2011

Tepung & Serbuk Kopi Di Celahan Bracesku




Salam semua. Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat-sihat selalu. Kalau tak sihat pergi jogging setiap petang supaya badan berpeluh dan berbau hamis sambil membakar lemak-lemak di badan. Kalau malas sangat duduk dalam bilik tanpa memasang kipas atau air-cond sambil dengar lagu korea atau buat assignment En.Mohan atau gosok baju untuk seminggu. Supaya apa? Supaya keluar peluh ler..bajet sauna la kononnye. Kena buat cara ni kat rumah, boeh jimat elektrik, tak ada lah terjojol biji mata bila tengok bil elektrik. Ok macam dah lari tajuk je ni.


Cerita pasal sihat-sihat ni kan, minggu lepas pelajar DAS (Diploma Alam Sekitar) telah mengadakan satu sukaneka untuk pelajar DAS. DAS je ye, yang lain boleh blah. Hahaa kang jadi isu plak (ah peduli apa!). DAS memang setiap semester akan buat macam-macam event, antaranya sukaneka, dinner, waste minimization day dan macam-macam lagi program. BEST kan! Dapat main dapat makan dapat kenal-kenal dengan senior dan junior, sambil tu bolehlah mengiratkan silaturrahmi antara DAS dan pensyarah juga.


Sukaneka semester kali ni DAS2 yang handle. Diorang yang buat kertas kerja, planning, setting tempat, permainan, kiranya 100% DAS2 yang pegang. DAS lain tinggal main dan kumpul hadiah je. Untuk kali ni tak banyak sangat permainan. Lelaki cuma dapat main bola je. Perempuan pula 4 permainan, bawa kacang guna chopstik, jalan ikat kaki, gula-gula dalam tepung dan pecah belon. Tak dapat nak main banyak-banyak sangat sebab program dibuat selepas waktu kuliah. Masing-masing penat balik kelas tapi tetap juga semangat nak main sukaneka. Main dapat hadiah siapa tak nak ye tak? Ok jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil hari tu.




-Panaskan badan dulu sebelum main-


-DAS6 lelaki yang boleh dikira dengan jari kaki-

-Lubang hidung menjadi pujaan-



-Muka semangat main tipu-

- Ikat kaki sampai lebam - 

- Dah ikat tak boleh nak buka pulak dah... -
- Bersiap sedia untuk lari -


- Tepung + serbuk kopi terselit kat braces! Jenuh nak tanggal -


- Tak paham kenapa muka dorang tak penuh tepung macam aku? -


- Pecah belon -

- Tunggu turn main bola -

- Zura excited gelak -


 


Ok ini je gambar yang sempat edit. Nanti kalau rajin i upload kat fb. Eh twitter la, fb macam dah bosan je, lagi-lagi dengan application baru sekarang ni. Aduhh pening kepala mak jah nak guna fb. Akhir sekali nak ucapkan terima kasih sangat kat DAS2 sebab sanggup rela hati buat sukaneka minggu lepas. Walaupun tak sehebat semester lepas tapi tetap juga best. Semester depan buat la sukaneka bersama pensyarah DAS. Mesti lagi best ni!